Saturday, August 13, 2011

Motivasi pagi di bulan ramadhan ;)


assalamualaikum !


alhamdulillah dah msok hari ke 13 umat Islam berpuasa , bulan pon dan mula mengambang di malam hari ;)
hari nie khairah nak bg motivasi sikit kat kamu semua dan diri khairah sendiri.

tajuk motivasi kita pada pagi yang mulia ini ialah
Jangan Hanya Berpuasa TETAPI Tidak Solat
!

best tak tajukk tuu? :)
best kan? best kan? hehehe

Kadang-kadang kita berjumpa dengan orang yang berpuasa dan sanggup menahan kelaparan dan dahaga, tetapi dia tidak menunaikan solat. Di manakah silapnya?

Semua orang tahu bahawa puasa adalah wajib. Begitu juga dengan solat. Kedua-duanya tidak boleh ditinggalkan. Tidak boleh hanya mahu berpuasa sahaja tetapi tidak mahu solat. Kita tidak diberi pilihan hanya berpuasa sahaja tetapi tidak solat. Begitu juga kita tidak diberi pilihan untuk solat sahaja tetapi tidak mahu berpuasa, Kedua-duanya adalah wajib ditunaikan tanpa boleh dipilih-pilih.

Kedua-duaibadat puasa dan solat adalah rukun Islam. Meninggalkan salah satu daripadanya bererti meninggalkan satu rukun Islam. Sedangkan setiap orang Islam diwajibkan menegakkan kesemua rukun-rukun Islam yang lima.

Puasa dan solat adalah rukun Islam yan sama-sama penting. Jika puasa digambarkan oleh Rasulullah sebagai perisai, maka Rasululllah menggambarkan solat pula sebagai tiang. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka sesungguhnya tertegaklah agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya telah runtuhlah agama"

Sesetengah orang suka berpuasa tetapi amat berat untuk menunaikan solat. Bahkan ada sesetengah orang yang mampu untuk menyelesaikan ibadat puasa tetapi tidak dapat menunaikan solat walaupun hanya untuk satu waktu. Orang yang berpuasa tetapi tidak, solat adalah dikira berdosa kerana telah mengabaikan satu kewajiban. Puasanya tidak sernpurna dan dibimbangi ia hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja daripada puasanya.

Sepatutnya orang yang berpuasa tidak akan meninggalkan solat. Bukankah solat itu merupakan perkara pertama yang akan dihisab pada hari Akhirat? Jika lulus solat maka luluslah segala amalan yang lain termasuklah puasa, tetapi jika solat tersangkut, amalan lain juga turut terbentur. Tidakkah orang yang meninggalkan solat mengetahui bahawa azab siksa bagi orang yang meninggalkan solat akan bermula sejak di alam kubur? Tidakkah takut akan azab dan seksa Allah s.w.t.?

Sepatutnya orang-orang yang berpuasa akan menambahkan lagi kekuatan dirinya untuk solat. Bukan sahaja solat wajib bahkan solat yang sunat seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Dan dijadikan solat itu penyejuk,pandangan mataku".

Tunaikanlah puasa, dirikan solat lima waktu. Apalah ertinya puasa tanpa solat. Gagahilah untuk melaksanakan semua perintah Allah walaupun di dalam keletihan berpuasa. Sesungguhnya Allah tidak akan memberatkan hamba-hamba¬Nya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Mohonlah pertolongan Allah untuk mentaati perintah-Nya.

Renung-renungkan lah dan selamat beramal ;)